Saturday, November 28, 2009

Masih Seperti Biasa

Mengada-ngada!
Mahukan perhatian!
Perasan!

hahahahahaha...

Sudahlah, jangan berlagak COOL, kamu si EMO juga!

Mimpi-mimpi Buaian Tidur Kamu

Kekadang tu aku tertanya-tanya, orang yang kononnya hilang pegangan agama kekadang tu cuba untuk berlagak menjadi tuhan, tuhan pada diri sendiri atau pada orang lain. Walhal kadang-kadang tu aku rasa dia sendiri gagal menghilangkan resah pada diri sendiri.

Lucu dan kelakar!

Paling tidak pun cukup untuk terikut-ikut dengan apa yang dilakukan orang lain. Tapi aku masih lagi mempercayai TUHAN. Masing-masing mempunyai kepercayaan sendiri. Yang tidak nampak bukanlah bermakna tiada tetapi jika diberikan peluang untuk melihat sekali pun, aku yakin, ramai yang tidak mampu melihat termasuklah aku yang naif ini.

Mungkin inilah unik akal manusia, tiada pada makhluk lain, mampu berfikir luar dari batasan tetapi tidak bermakna di tahap infiniti. Oh ya, kamu sosialis. Lupa!

Karma Seorang KAWAN

Kadang-kadang tu kita perlukan bantuan KAWAN tetapi apakan daya, KAWAN pada nama, bukan hati.

Punk rock, cukup penuh dengan alasan. Hey, aku tak perlukan lagi bantuan kamu! Jangan butuhkan bantuan aku pada kamu, jemu, mual, bosan dengan SIKAP kamu.

Ya, kamu punyai kehidupan yang lain dari aku sekarang, siapalah aku pada kamu. Aku harap tiada lagi bunyi-bunyian suara sumbang kamu meminta-minta bantuan kelak nanti!

Wednesday, November 18, 2009

23; Aku adalah Arshavin, apa kaitannya..hehe

Aku dah masuk umur 23 tahun semalam...

Yeah, dah tua! hahahaha

Sunday, November 8, 2009

Hope everything gonna be okay

Tomorrow I will start my first permanent job at PJ. I hope the environment at there will suit my style. Thanks God!

Tuesday, November 3, 2009

Lega beb...

Ibarat menolak cinta seseorang, itu yang aku dapat umpamakan. Sekarang ni aku dihuni perasaan serba salah. Bermula dengan status di FB, kawan aku sekolej yang juga sebelum ini sama sekolah tetapi di dalam kursus kejuruteraan awam ada post pada statusnya mengenai kerja kosong sebagai engineer tapi tidak dinyatakan engineer apa, cuma aku bayangkan mungkin civil engineer la kot.

Aku:
"Electrical engineer xnak ke?"

Shikin:
"Bos aku pun cari juga engineer M&E, berminat send CV dengan transkrip kat e-mail aku"

Aku:
"OK"

Sepatutnya kelmarin aku ada interview dengan bos dia around pukul 4 atau 5 petang (selepas bos dia meeting di mana meetingnya akan bermula pada pukul 2) dan dia suruh aku tunggu dia kontek (lepas meeting habis) untuk deal tempat nak jumpa.

Pukul 3.40 petang;
Aku terima panggilan daripada HR Electcoms Bhd, aku diberi tawaran sebagai service engineer, dah memang aku berminat, tanpa fikir panjang dan tak perlu pun, aku terus terima.

Dekat pukul 6 bos dia kontek, aku tak sampai hati nak cakap aku dah tak available. Dia suruh aku mintak borang online dari kawan aku dan isi sebab dia nak rekomen kat bos besar, siap dia citer nak kasik gaji kat aku RM2300+elaun dan shot aku terus ke Batu Pahat.

Tengahari tadi dia call lagi tapi kali ini aku sengaja tak nak angkat. Aku memang tak tahu camne nak ceritakan hal sebenar. Lepas aku berjaya tenangkan diri, aku terpaksa bagi tau jugak. Syukur, dia tak kesah dan aku ada cakap kat dia yang aku nak rekomen kawan aku untuk position tu, fuhhh lega, dia kata ok.

Dr Cheah yang jujur!

Pukul 11 pagi tadi aku ke Electcoms Bhd untuk mengambil surat medical check up di mana aku perlu menjalani ujian air kencing, fizikal, x-ray dan juga darah (hiv). Result ujian darah lambat nak siap lagi, paling awal Jumaat ni.

Dr. Cheah, seorang doktor yang juga berasal dari Sungai Petani telah menjalankan ujian ke atas aku dan paling mengejutkan bila dia ketuk-ketuk kat perut aku.

Dr Cheah;
"U main bola sepak ke?"

Aku;
"A'ah"

Dr Cheah;
"Badan kecik tapi ada 6 ketul kat perut"

Aku;
":D"

Apa lagi yang boleh aku katakan, kan..

Monday, November 2, 2009

I'm feel in love with this pic!

Pen PARKER tertera nama Yaser Johari adalah 'tangkal'?

Yaser - Interview bersama AEON berjaya, sama juga di Jernih Insurans

Dua hari berturut-turut berjaya interview menggunakan pen Parker hadiah previous company dia lepas tu dengan kerek nya cakap kat aku;

"Ni tangkal aku beb, mesti arr dapat keje!"

Aku;

"Meh aku pinjam, tengok camne pegi dia dengan company Electcoms ni"

Yaser;

"hahahaha..bodoh!"

3:42, 2 November, HR Electcoms Bhd;

"Are you interested to be an engineer at Electcoms?"

Aku;

"Fucking sure; of course!"

Note:

*Ni cuma kebetulan jer..hehe
*Aku cuma jawab: "I'm interested"