Thursday, October 29, 2009

Please, chaaa!

Rimas, cepat berpeluh walaupun aku bukanlah senang sangat nak berpeluh..


Syuhhh, pegi jejauh, aku xsuka orang tengok skrin PC bila niat aku online lebih kepada personal!

Errrkkk..

Jalan-jalan lebih ke cari keje yang lebih? Entah lah, situasi sekarang jalan-jalan jer nampak yang lebih..huhu. Kesian kat orang tua keluar belanja.

Wednesday, October 28, 2009

Kejam sangat ni..huhu

Suki and Jebon (RIP)

Aku akan rindukan nenek dan cucu ini sampai bila-bila..:-(

Sunday, October 25, 2009

Best arrr malam ni!

Malam ni aku tengok dua bola pantai masuk belakang Van der Sar. Rasa macam sunyi jer list YM aku, setan banyak tido dah ni..hahahahaha.

Note:
Telur ayam mintak kat Rossi yer..wakakaka

Wednesday, October 21, 2009

Besar Punya!

Aku teringat iklan megi ni, aku tak ingat cap apa..hahaha. Cuma apa yang aku pasti, iklan ni tak logik. Orang makan megi nak seppp bajet, ni taruk tenggiri, gila ke apa..hahaha

Tuesday, October 13, 2009

kicks your ass

Yaser: Apasal ko tido buka spek mata?

Rachwan: Patah dua kang!

Yaser: Macamana ko nak nampak bila mimpi?

Zamir: Ntah, apa daa..

Rachwan: Errr..aku mimpi pakai lens..hehe

Monday, October 12, 2009

Dilema Graduan atau Organisasial

Pagi tadi aku ada sesi interview bersama sebuah company bumiputera rockers di Dataran Prima, PJ di mana sesi interview nya memang menggecewakan pada view aku. 2 interviewer, melayu dan cina, kedua-duanya perempuan, paling banyak bersoal interviewer melayu. Position sebagai technician. Aku memiliki degree EE dimana kualifikasi job ini adalah diploma, serius mungkin atau sindir aku tak pasti.

"Awak yakin dapat buat kerja ni? Kerjanya agak berat, xmacam engineer?"
"Mampe ke stay lama atau mungkin awak akan angkat kaki bila dah dapat experience di sini?"
"Kami perlukan pekerja yang komited"
"Awak ada degree, mungkin sambil keje awak akan cari keje lain, bila dah dapat keje macam engineer, awak akan keluar, kan?"

Ok, aku tak rasa ini sebagai satu cara dorang nak uji atau provokasi tapi aku rasa ini lebih kepada hilang keyakinan dorang sendiri disebabkan riak wajah sewaktu soalan ditujukan. Bagi aku tiada apa untuk aku demand-kan, cuma aku harap setelah dorang memanggil aku untuk ditemuduga sepatutnya dorang lebih teliti. Jika tidak yakin, kenapa panggil? Kalau aku tak rasa aku boleh buat kerja ni, kenapa aku apply?

Walaupun amoi tu kurang bercakap tetapi aku setuju dengan apa yang dikatakannya. Sekiranya aku diterima dan stay bersama company ini pada tempoh agak lama; misalnya setahun atau 2 tahun, kenapa tidak untuk aku dinaikkan ke engineer jika ada kekosongan. Bagi aku tugas sebagai engineer perlukan seseorang betul-betul bersedia, so kalau aku step up dari technician ke engineer, aku dah sebati dengan kerja dan lebih faham serta tak mudah diperdaya nanti. Paling penting, aku lebih faham tugas pekerja lain, so takde la nak suka hati maki hamun.

So aku akan lepak minggu ni di Sunway, tunggu untuk 2nd interview jika dorang berminat, sekiranya Rabu ni tiada fon call, aku rasa buang masa. Perlu ke aku call dorang? Bukan egois tapi dorang sepatutnya kena call aku, puncanya, appointment tak realistik, aku datang jauh-jauh, lastly macam ni, sabar, so aku kena calm down dulu.

Friday, October 9, 2009

Karma

Silap aku xstay lama kat KL, lusa (Isnin) aku akan ada lagi satu interview. Mungkin kena mintak duit mak ayah pulak kali ni. Dan tahap ekonomi aku semakin kelam, semakin nazak sehingga aku tiada pun satu sen dalam hp. Kredit topup pn xde, dua-dua flat sejak Khamis lepas, yeah RM0.00, macam sial nye sesak. Weh Poyang, bila nak kasik duit gaji yang tertunggak? Dan kamu, kamu bisa marah sama aku sepuasnya.

Thursday, October 8, 2009

Happy Anniversary Dearest!

Rupa-rupanya sudah setahun aku bersama Rynn di mana 1hb Oktober 2008 merupakan tarikh bermula hubungan secara serius walaupun aku ni bukan orang yang serius..hahaha. Macam tak percaya, kejap jer dah setahun dan paling aku tak percaya aku akan ke PJ Isnin ni, ada interview lagi. Baru jer balik dari KL semalam, ni dah nak kena pergi balik..hahaha. Harap-harap ni rezeki aku, aku rasa semakin seksa bila nak ke KL kerap-kerap, punggung ni pun tak panas lagi dah dapat offer. Ikutnya hari ni aku ada interview di Bota, Perak tapi aku tak pergi, ceruk dan aku tak tahu macamana nak pergi. Aku harap aku dapat keja awal, aku sedang bosan gila sekarang!