Monday, October 12, 2009

Dilema Graduan atau Organisasial

Pagi tadi aku ada sesi interview bersama sebuah company bumiputera rockers di Dataran Prima, PJ di mana sesi interview nya memang menggecewakan pada view aku. 2 interviewer, melayu dan cina, kedua-duanya perempuan, paling banyak bersoal interviewer melayu. Position sebagai technician. Aku memiliki degree EE dimana kualifikasi job ini adalah diploma, serius mungkin atau sindir aku tak pasti.

"Awak yakin dapat buat kerja ni? Kerjanya agak berat, xmacam engineer?"
"Mampe ke stay lama atau mungkin awak akan angkat kaki bila dah dapat experience di sini?"
"Kami perlukan pekerja yang komited"
"Awak ada degree, mungkin sambil keje awak akan cari keje lain, bila dah dapat keje macam engineer, awak akan keluar, kan?"

Ok, aku tak rasa ini sebagai satu cara dorang nak uji atau provokasi tapi aku rasa ini lebih kepada hilang keyakinan dorang sendiri disebabkan riak wajah sewaktu soalan ditujukan. Bagi aku tiada apa untuk aku demand-kan, cuma aku harap setelah dorang memanggil aku untuk ditemuduga sepatutnya dorang lebih teliti. Jika tidak yakin, kenapa panggil? Kalau aku tak rasa aku boleh buat kerja ni, kenapa aku apply?

Walaupun amoi tu kurang bercakap tetapi aku setuju dengan apa yang dikatakannya. Sekiranya aku diterima dan stay bersama company ini pada tempoh agak lama; misalnya setahun atau 2 tahun, kenapa tidak untuk aku dinaikkan ke engineer jika ada kekosongan. Bagi aku tugas sebagai engineer perlukan seseorang betul-betul bersedia, so kalau aku step up dari technician ke engineer, aku dah sebati dengan kerja dan lebih faham serta tak mudah diperdaya nanti. Paling penting, aku lebih faham tugas pekerja lain, so takde la nak suka hati maki hamun.

So aku akan lepak minggu ni di Sunway, tunggu untuk 2nd interview jika dorang berminat, sekiranya Rabu ni tiada fon call, aku rasa buang masa. Perlu ke aku call dorang? Bukan egois tapi dorang sepatutnya kena call aku, puncanya, appointment tak realistik, aku datang jauh-jauh, lastly macam ni, sabar, so aku kena calm down dulu.

3 comments: