Tuesday, November 3, 2009

Lega beb...

Ibarat menolak cinta seseorang, itu yang aku dapat umpamakan. Sekarang ni aku dihuni perasaan serba salah. Bermula dengan status di FB, kawan aku sekolej yang juga sebelum ini sama sekolah tetapi di dalam kursus kejuruteraan awam ada post pada statusnya mengenai kerja kosong sebagai engineer tapi tidak dinyatakan engineer apa, cuma aku bayangkan mungkin civil engineer la kot.

Aku:
"Electrical engineer xnak ke?"

Shikin:
"Bos aku pun cari juga engineer M&E, berminat send CV dengan transkrip kat e-mail aku"

Aku:
"OK"

Sepatutnya kelmarin aku ada interview dengan bos dia around pukul 4 atau 5 petang (selepas bos dia meeting di mana meetingnya akan bermula pada pukul 2) dan dia suruh aku tunggu dia kontek (lepas meeting habis) untuk deal tempat nak jumpa.

Pukul 3.40 petang;
Aku terima panggilan daripada HR Electcoms Bhd, aku diberi tawaran sebagai service engineer, dah memang aku berminat, tanpa fikir panjang dan tak perlu pun, aku terus terima.

Dekat pukul 6 bos dia kontek, aku tak sampai hati nak cakap aku dah tak available. Dia suruh aku mintak borang online dari kawan aku dan isi sebab dia nak rekomen kat bos besar, siap dia citer nak kasik gaji kat aku RM2300+elaun dan shot aku terus ke Batu Pahat.

Tengahari tadi dia call lagi tapi kali ini aku sengaja tak nak angkat. Aku memang tak tahu camne nak ceritakan hal sebenar. Lepas aku berjaya tenangkan diri, aku terpaksa bagi tau jugak. Syukur, dia tak kesah dan aku ada cakap kat dia yang aku nak rekomen kawan aku untuk position tu, fuhhh lega, dia kata ok.

No comments:

Post a Comment