Friday, December 11, 2009

Realisme Bermulut Tiga

Seronok betul dia bercerita, sudahlah...

Saturday, November 28, 2009

Masih Seperti Biasa

Mengada-ngada!
Mahukan perhatian!
Perasan!

hahahahahaha...

Sudahlah, jangan berlagak COOL, kamu si EMO juga!

Mimpi-mimpi Buaian Tidur Kamu

Kekadang tu aku tertanya-tanya, orang yang kononnya hilang pegangan agama kekadang tu cuba untuk berlagak menjadi tuhan, tuhan pada diri sendiri atau pada orang lain. Walhal kadang-kadang tu aku rasa dia sendiri gagal menghilangkan resah pada diri sendiri.

Lucu dan kelakar!

Paling tidak pun cukup untuk terikut-ikut dengan apa yang dilakukan orang lain. Tapi aku masih lagi mempercayai TUHAN. Masing-masing mempunyai kepercayaan sendiri. Yang tidak nampak bukanlah bermakna tiada tetapi jika diberikan peluang untuk melihat sekali pun, aku yakin, ramai yang tidak mampu melihat termasuklah aku yang naif ini.

Mungkin inilah unik akal manusia, tiada pada makhluk lain, mampu berfikir luar dari batasan tetapi tidak bermakna di tahap infiniti. Oh ya, kamu sosialis. Lupa!

Karma Seorang KAWAN

Kadang-kadang tu kita perlukan bantuan KAWAN tetapi apakan daya, KAWAN pada nama, bukan hati.

Punk rock, cukup penuh dengan alasan. Hey, aku tak perlukan lagi bantuan kamu! Jangan butuhkan bantuan aku pada kamu, jemu, mual, bosan dengan SIKAP kamu.

Ya, kamu punyai kehidupan yang lain dari aku sekarang, siapalah aku pada kamu. Aku harap tiada lagi bunyi-bunyian suara sumbang kamu meminta-minta bantuan kelak nanti!

Wednesday, November 18, 2009

23; Aku adalah Arshavin, apa kaitannya..hehe

Aku dah masuk umur 23 tahun semalam...

Yeah, dah tua! hahahaha

Sunday, November 8, 2009

Hope everything gonna be okay

Tomorrow I will start my first permanent job at PJ. I hope the environment at there will suit my style. Thanks God!

Tuesday, November 3, 2009

Lega beb...

Ibarat menolak cinta seseorang, itu yang aku dapat umpamakan. Sekarang ni aku dihuni perasaan serba salah. Bermula dengan status di FB, kawan aku sekolej yang juga sebelum ini sama sekolah tetapi di dalam kursus kejuruteraan awam ada post pada statusnya mengenai kerja kosong sebagai engineer tapi tidak dinyatakan engineer apa, cuma aku bayangkan mungkin civil engineer la kot.

Aku:
"Electrical engineer xnak ke?"

Shikin:
"Bos aku pun cari juga engineer M&E, berminat send CV dengan transkrip kat e-mail aku"

Aku:
"OK"

Sepatutnya kelmarin aku ada interview dengan bos dia around pukul 4 atau 5 petang (selepas bos dia meeting di mana meetingnya akan bermula pada pukul 2) dan dia suruh aku tunggu dia kontek (lepas meeting habis) untuk deal tempat nak jumpa.

Pukul 3.40 petang;
Aku terima panggilan daripada HR Electcoms Bhd, aku diberi tawaran sebagai service engineer, dah memang aku berminat, tanpa fikir panjang dan tak perlu pun, aku terus terima.

Dekat pukul 6 bos dia kontek, aku tak sampai hati nak cakap aku dah tak available. Dia suruh aku mintak borang online dari kawan aku dan isi sebab dia nak rekomen kat bos besar, siap dia citer nak kasik gaji kat aku RM2300+elaun dan shot aku terus ke Batu Pahat.

Tengahari tadi dia call lagi tapi kali ini aku sengaja tak nak angkat. Aku memang tak tahu camne nak ceritakan hal sebenar. Lepas aku berjaya tenangkan diri, aku terpaksa bagi tau jugak. Syukur, dia tak kesah dan aku ada cakap kat dia yang aku nak rekomen kawan aku untuk position tu, fuhhh lega, dia kata ok.

Dr Cheah yang jujur!

Pukul 11 pagi tadi aku ke Electcoms Bhd untuk mengambil surat medical check up di mana aku perlu menjalani ujian air kencing, fizikal, x-ray dan juga darah (hiv). Result ujian darah lambat nak siap lagi, paling awal Jumaat ni.

Dr. Cheah, seorang doktor yang juga berasal dari Sungai Petani telah menjalankan ujian ke atas aku dan paling mengejutkan bila dia ketuk-ketuk kat perut aku.

Dr Cheah;
"U main bola sepak ke?"

Aku;
"A'ah"

Dr Cheah;
"Badan kecik tapi ada 6 ketul kat perut"

Aku;
":D"

Apa lagi yang boleh aku katakan, kan..

Monday, November 2, 2009

I'm feel in love with this pic!

Pen PARKER tertera nama Yaser Johari adalah 'tangkal'?

Yaser - Interview bersama AEON berjaya, sama juga di Jernih Insurans

Dua hari berturut-turut berjaya interview menggunakan pen Parker hadiah previous company dia lepas tu dengan kerek nya cakap kat aku;

"Ni tangkal aku beb, mesti arr dapat keje!"

Aku;

"Meh aku pinjam, tengok camne pegi dia dengan company Electcoms ni"

Yaser;

"hahahaha..bodoh!"

3:42, 2 November, HR Electcoms Bhd;

"Are you interested to be an engineer at Electcoms?"

Aku;

"Fucking sure; of course!"

Note:

*Ni cuma kebetulan jer..hehe
*Aku cuma jawab: "I'm interested"

Thursday, October 29, 2009

Please, chaaa!

Rimas, cepat berpeluh walaupun aku bukanlah senang sangat nak berpeluh..


Syuhhh, pegi jejauh, aku xsuka orang tengok skrin PC bila niat aku online lebih kepada personal!

Errrkkk..

Jalan-jalan lebih ke cari keje yang lebih? Entah lah, situasi sekarang jalan-jalan jer nampak yang lebih..huhu. Kesian kat orang tua keluar belanja.

Wednesday, October 28, 2009

Kejam sangat ni..huhu

Suki and Jebon (RIP)

Aku akan rindukan nenek dan cucu ini sampai bila-bila..:-(

Sunday, October 25, 2009

Best arrr malam ni!

Malam ni aku tengok dua bola pantai masuk belakang Van der Sar. Rasa macam sunyi jer list YM aku, setan banyak tido dah ni..hahahahaha.

Note:
Telur ayam mintak kat Rossi yer..wakakaka

Wednesday, October 21, 2009

Besar Punya!

Aku teringat iklan megi ni, aku tak ingat cap apa..hahaha. Cuma apa yang aku pasti, iklan ni tak logik. Orang makan megi nak seppp bajet, ni taruk tenggiri, gila ke apa..hahaha

Tuesday, October 13, 2009

kicks your ass

Yaser: Apasal ko tido buka spek mata?

Rachwan: Patah dua kang!

Yaser: Macamana ko nak nampak bila mimpi?

Zamir: Ntah, apa daa..

Rachwan: Errr..aku mimpi pakai lens..hehe

Monday, October 12, 2009

Dilema Graduan atau Organisasial

Pagi tadi aku ada sesi interview bersama sebuah company bumiputera rockers di Dataran Prima, PJ di mana sesi interview nya memang menggecewakan pada view aku. 2 interviewer, melayu dan cina, kedua-duanya perempuan, paling banyak bersoal interviewer melayu. Position sebagai technician. Aku memiliki degree EE dimana kualifikasi job ini adalah diploma, serius mungkin atau sindir aku tak pasti.

"Awak yakin dapat buat kerja ni? Kerjanya agak berat, xmacam engineer?"
"Mampe ke stay lama atau mungkin awak akan angkat kaki bila dah dapat experience di sini?"
"Kami perlukan pekerja yang komited"
"Awak ada degree, mungkin sambil keje awak akan cari keje lain, bila dah dapat keje macam engineer, awak akan keluar, kan?"

Ok, aku tak rasa ini sebagai satu cara dorang nak uji atau provokasi tapi aku rasa ini lebih kepada hilang keyakinan dorang sendiri disebabkan riak wajah sewaktu soalan ditujukan. Bagi aku tiada apa untuk aku demand-kan, cuma aku harap setelah dorang memanggil aku untuk ditemuduga sepatutnya dorang lebih teliti. Jika tidak yakin, kenapa panggil? Kalau aku tak rasa aku boleh buat kerja ni, kenapa aku apply?

Walaupun amoi tu kurang bercakap tetapi aku setuju dengan apa yang dikatakannya. Sekiranya aku diterima dan stay bersama company ini pada tempoh agak lama; misalnya setahun atau 2 tahun, kenapa tidak untuk aku dinaikkan ke engineer jika ada kekosongan. Bagi aku tugas sebagai engineer perlukan seseorang betul-betul bersedia, so kalau aku step up dari technician ke engineer, aku dah sebati dengan kerja dan lebih faham serta tak mudah diperdaya nanti. Paling penting, aku lebih faham tugas pekerja lain, so takde la nak suka hati maki hamun.

So aku akan lepak minggu ni di Sunway, tunggu untuk 2nd interview jika dorang berminat, sekiranya Rabu ni tiada fon call, aku rasa buang masa. Perlu ke aku call dorang? Bukan egois tapi dorang sepatutnya kena call aku, puncanya, appointment tak realistik, aku datang jauh-jauh, lastly macam ni, sabar, so aku kena calm down dulu.

Friday, October 9, 2009

Karma

Silap aku xstay lama kat KL, lusa (Isnin) aku akan ada lagi satu interview. Mungkin kena mintak duit mak ayah pulak kali ni. Dan tahap ekonomi aku semakin kelam, semakin nazak sehingga aku tiada pun satu sen dalam hp. Kredit topup pn xde, dua-dua flat sejak Khamis lepas, yeah RM0.00, macam sial nye sesak. Weh Poyang, bila nak kasik duit gaji yang tertunggak? Dan kamu, kamu bisa marah sama aku sepuasnya.

Thursday, October 8, 2009

Happy Anniversary Dearest!

Rupa-rupanya sudah setahun aku bersama Rynn di mana 1hb Oktober 2008 merupakan tarikh bermula hubungan secara serius walaupun aku ni bukan orang yang serius..hahaha. Macam tak percaya, kejap jer dah setahun dan paling aku tak percaya aku akan ke PJ Isnin ni, ada interview lagi. Baru jer balik dari KL semalam, ni dah nak kena pergi balik..hahaha. Harap-harap ni rezeki aku, aku rasa semakin seksa bila nak ke KL kerap-kerap, punggung ni pun tak panas lagi dah dapat offer. Ikutnya hari ni aku ada interview di Bota, Perak tapi aku tak pergi, ceruk dan aku tak tahu macamana nak pergi. Aku harap aku dapat keja awal, aku sedang bosan gila sekarang!

Friday, September 25, 2009

Wednesday, September 23, 2009

Raya yang Menggila!

Ni buat pertama kalinya dalam hidup aku makan makanan berat sebanyak 5 kali dalam sehari jer. Raya ketiga ni memang tragedi, 3 negeri aku beraya (Perak, Penang dan Kedah) di mana aku dan 3 lagi kawan sewaktu di Form 3 (Hamal, Nasrul dan Faizul). Rumah pertama di Bagan Serai, rumah Nasrul. Dia sekarang sedang menjalani latihan sebagai polis, lagi 2 bulan tamat, punya hitam kulit dia, lebih dari aku...hahaha. Kat sini makan laksa dengan air oren, nasib baik perut tak buat hal. Lepas tu gerak ke Nibong Tebal, rumah awek yang dulu jiran rumah sewa kawan aku waktu dia tengah study kat poli Kulim. Pekena mee rebus, ayah budak pompuan ni senyap, selalu nya peramah kawan aku cakap, dalam proses memulihkan diri setelah seminggu kena santau. 10kg drop dalam 7 minggu, so Yunie, nak tak kena santau? hahahaha.

Kemudian kami ke Bukit Selambau, dalam perjalanan aku tidor banyak lepas lalu dari sekolah teknik aku dulu. Sempat tengok sekolah jahat ni akhirnya. Char koew tiaw belakang sekolah aku ni masih beroperasi, kalau malam kompem aku ajak kawan aku singgah, Yunie mesti tau kehebatannya! Rumah yang kami tuju ini juga merupakan bekas budak kelas aku waktu form 3, awek jugak, manis dan sekarang dah jadi awek Hamal, namanya Yanee. Dok menyembang datang lak bihun sup, abis licin gak dibantai..hahaha. Kemudian kami ke Sungai Petani balik, rumah Hamal lak. Bihun goreng, muka Faizul dah macam ayam berak kapur, penuh emosi nak abiskan, aku masih cool, perut masih kukuh, Hamal dan Nasrul dah terburai kat Petronas Kulim lagi.

Seterusnya ke rumah Faizul, memang tak masuk rumah, malas nak makan tapi dia bawak lak keluar laksa lagi. Kena paksa makan, waktu ni aku dah nak give up tapi makan gak, nak ambil hati tuan rumah. Sebelum berangkat ke rumah aku lak, dorang yang lain pesan, jangan suruh mak aku masak mende berat-berat. Lega sikit, kat rumah aku pun ada kuih jer, tu pun kuih beli, mak aku bukan sihat sangat nak memasak. Kat rumah aku budak-budak ni dok layan kucing Parsi family aku, dari mak sampai ke anak, siap mintak seekor tapi aku rasa abang aku tak nak kasik, kalau jual dia nak la..haha. Kali ni baru aku give up, masuk jamban dulu sebelum mandi. Gila, dari kol12 tengahari sampai kol10 malam, baru aku dapat mandi, memang berlengas rasanya.

Dan penutup raya ketiga ni kami ke rumah Geofri (entah betul ke tak nama dia aku eja ni, pelik sangat, kalau Geografi tau la). Makan kacang goreng, ok la, perut pun dah lemau badan pun dah naik letih. Dorang ajak ke snuker, aku undur diri, aku dah flat sebab kurang tido. Balik rumah, capai bantal, lelap...Lega, bangun subuh terus masuk jamban lagi..hahaha. Hari ni (raya keempat), aku relak kat rumah jer. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin!

Tuesday, September 15, 2009

Anonymous

OK, aku xkesah nak terima sebarang komen, nak kutuk pn xpe, at least kasik la link, berani la sikit. Lupa, mereka bangga macam tu. Ni apa yg sering aku terima dari peminat bola pasukan lain. WTF!!

Thursday, September 10, 2009

11th September

In memories of WTC tragedy. Interviews with Electcoms Berhad, I don't want this become tragedy too. I need this job and I'm know I need to prove them I'm suitable. Oh yaa, need to date with my girl too, I'm miss him very much!

Friday, September 4, 2009

Good Luck

Yeah, sekarang aku dh ada lesen keta tp masih lagi naik motor dgn lesen fotostat, harap2 dalam tempoh terdekat aku bakal menerima lesen sah CDL utk kelas B2 dan D. Raya dh boleh naik keta kot nanti..hehe

Oh ya, Jumaat ni aku akan ada interview kat PJ, Electcoms Berhad. Harap aku akan berjaya walaupun ini interview yang pertama. Oh, aku kena study la gaya nya; CDMA Technology for GoTa Service, haram aku xfaham. Waktu parktikal aku berada di syarikat yang telekomunikasi yang secara logiknya aktif memasang peralatan CDMA bagi TM, errr CDMA ni susah skit, banyak aplikasi, yg paling senang nak nampak henpon 3G korang, tu CDMA 2000. Pusing2 kena study, kena berkorban sikit, rasa otak ni pun dah lembab...

Sapa2 yang berminat untuk menjalani latihan di MIMOS, sila hantarkan CV ke atiqah.abdullah@mimos.my, ni adalah permohonan untuk 8 Apprenticeship Second Batch, elaun dibayar macam gaji, kontrak setahun bersama MIMOS, kalau berpotensi akan disambung sebagai permanent worker. Degree in EE. Good luck!

Wednesday, July 29, 2009

Lelaki, biasalah!



Kenapa kami masih perlukan didikan ibubapa!




Kredit to Rynn Love Sunshine for attachment in my mail! hahahahahaha

Tuesday, July 28, 2009

Karma

Semalam sebelum aku ke ofis, ada D8 di perkarangan flat aku. Ingatkan kenapa, rupanya ada kes bunuh diri kat atas rumah aku. So area flat aku dah boleh jadi modal untuk aku dapat duit poket, nak tunggu duit elaun, entah bila la. Ada sapa-sapa nak masuk rumah hantu? Bayaran RM1 dah ler..hehe

Sunday, July 19, 2009

Quote!

irondanwine

Lelaki

31 tahun

Kuala Lumpur

Hari-hari iron and wine dan irondanwine.

Monday, November 17, 2008

Carikan aku lubang hitam di dada galaksi untuk aku hilangkan diri tiap-tiap kali kau begini

Lelaki gusar / Lelaki dahaga / Lelaki tanpa perkataan / Lelaki bising / Lelaki mabuk galaksi / Lelaki derhaka / Lelaki percuma /


Lelaki persundalan / Lelaki hilang / Lelaki separuh lelaki / Lelaki telanjang / Lelaki kalah dan tak kembali / Lelaki hamba desire / Desire hamba lelaki / Lelaki palsu / Lelaki benar-benar Benar /

Aku adalah semua lelaki ini, cuma aku tak mahu jadi, lelaki yang kau mahu

Lelaki lelah / Lelaki lupa / Lelaki leka / Lelaki persoalan harga / Lelaki tanda tanya /

Mari ke mari, dekat lagi, kau dengar baik-baik, aku boleh jadi seribu lelaki setiap hari, cuma aku tak tahu bagaimana untuk jadi lelaki yang kau mahu.



Ahmad Kamal Abu Bakar

Semusim di Neraka, Nerakaku, Perahu Mabok

Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia

Masih lagi mencari kebenaran berdarah tanpa aku perlu berdarah.

Isnin, Januari 12, 2009

Kenapa donat itu Syaitan dan kenapa aku kembali ke Neraka setelah tersesat di Syurga

Puppy (dulu Permaisuri Hati, kemudian aku hancurkan hati dia, sekarang The Only Good Friend I Have in the Whole World) kata: "Let me take you out, Puppy. I can't bear seeing you like this."

Oh. We call each other Puppy now. Sweet.

Dua tiga hari sebelum itu aku asyik mengadu aku sudah hilang arah, patah hati ("the pain is unbearable but I do not want it to stop.
Blah blah blah."), tak boleh menulis, chi tak center, itu ini. I felt like I was The Loneliest Man on Earth.

Jadi Puppy bawa aku keluar. Jalan-jalan Kuala Lumpur. "Orang macam aku" perlu keluar masuk shopping malls, dia kata. "You need to be yourself again."

"But why shopping malls?" aku tanya.

"Because you need to realize what your wants and needs are. What you could have. What you need and what you--"

"Okay I get it," aku kata sambil jeling manusia-manusia lain yang keluar masuk tanpa henti. Dengan kata lain, cleavage.

Satu pusingan Pavilion, satu pusingan Lot 10, tak sampai suku pusingan Sungei Wang. "I'm hungry," aku kata, "can we just go eat?"

Duduk food court, aku makan nasi. Tak sampai lima minit, pinggan licin. Puppy datang ke meja dengan senyuman dan sekeping donat.

"I bought you dessert," dia kata.

"You memang dengki," aku kata, "mentang-mentang I'm single now. You wanna make me fat, eh?"

I ate the donut anyhow.

***

Malam tadi aku cuba menulis lagi. No luck. "I can't fucking write anymore," aku teks Puppy.

Dia terus telefon. Biasalah. Pakai bil.

"You're a simple man," dia kata, "just be simple. Be yourself. Avoid complications. You don't need that in your life. You'll write again when you're back being simple."

"Err," aku kata, "what do you mean?"

Dia tarik nafas panjang.

"Look," dia mula, "macam tadi I tengok you makan. You makan nasi, you ambik lauk ikan, you ambik sayur, you ate with all your heart. You looked so content."

"Ye lah, I was hungry."

"Then bila I bagi donat you terus melantak jugak."

"Habis tu?"

"And you bebel kata I saja nak buat you gemuk."

"That was theoretical."

"No matter," dia jawab, "that donut was just a test. I nak tengok you makan ke tak."

"Err.."

"See. You always want things you don't need. And you blame other people when everything goes wrong. Worst of all, you blame yourself."

"Err.."

"People love you because you're simple," dia sambung, "just be simple. And I'm sure you'll write brilliantly again."

There you go. I'm fucking alive and I'm back. Here. Puking my heart out.

Dan oh. Donat itu Syaitan. Jangan terpedaya.

Sepi

Adam, Sufi dan Imaan, tiga buah cerita digarapkan dalam satu cerita. Aku akui aku sememangnya kagum dengan penceritaan yang dibawa oleh Khabir Bhatia. Paling aku sukai cerita Imaan, lakonan Baizura Kahar (cute sehhh). Bagi aku, jika anda ingin menghargai orang di sekeliling anda, anda perlu menonton cerita ini. Direkomendasikan!

Tuesday, June 30, 2009

Sunday, June 14, 2009

thanks God

i love u, so much!

Friday, June 5, 2009

selalu mengalah

Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Pertengkaran Yang Terjadi
Seperti Semua Salahku
Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu

Jelaskan Padaku Isi Hatimu
Seberapa Besar Kau Yakin Padaku
Untuk Tetap Bisa Bertahan Denganku
Menjaga Cinta Ini

Mengapa Selalu Aku Yang Mengalah
Tak Pernahkah Kau Berfikir
Sedikit Tentang Hatiku
Mengapa Ku Yang Harus Selalu Mengalah
Pantaskah Hatiku Masih Bisa Bersamamu

Thursday, May 28, 2009

aikkk...


'serius la wey! ok2'...'isshh trouble betul, mana nk beli solex yg boleh kunci mulut ekk? boleh x pasang filter K&N? xpun inject dgn twin turbo siap supercharge, aku rasa kepala aku dh sengget mampos skrg ni...'


bro, malam nanti aku ngn bdk2 ni bwk ko g layan Barbican la, sanggap mampos skrg ni, kut2 bley centerkn kepala aku ni..ho3

be strong ekk...

status :
11 mens vs 11 babies, watch out ur mouth patrice evra hanjing!

zairi : provoke gila status ko!
rachwan : hahahahaha
rachwan : nasib la, sapa mulakan dulu...
zairi : bongok nye team
zairi : bukan kuat sgt pn
zairi : semalam bising
zairi : arini menghilang
rachwan : dorg tu offline
rachwan : jer tu
zairi : heh
rachwan : eh invi
zairi : aahh, hahaha
zairi : hahahahaha
rachwan : invisible bkn invincible
zairi : hahahahaha
zairi : pinjam ayat ko
zairi : hehe

status : rachwan mymindmine invisible not invincible

rachwan : sial, jual nama aku!
zairi : hahahaha

Wednesday, May 27, 2009

mungkin

aku perlu lebih serius...

Sunday, May 24, 2009

scorpio ke scotfield???

* Banyak idea dalam perkara. * Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. * Berfikiran kehadapan. * Berfikiran unik dan bijak. * Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. * Pemikiran yang tajam. * Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. * Sesuai jadi seorang doktor. * Cermat dan teliti. * Personaliti yang dinamik. * Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. * Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. * Terlalu degil dan keras hati. * Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. * Tak suka marah kecuali digugat. * Mudah ambil berat terhadap orang lain. * Pandai muhasabah diri. * Cara berfikir yang lain dari orang lain. * Otak yang sangat tajam. * Pandai mendorong diri sendiri. * Tidak hargai pujian. * Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. * Cuba sampai berjaya. * Badan yang sasa. * Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. * Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. * Suka duduk d irumah. * Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. * Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. * Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. * Bercita-cita tinggi. * Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Friday, May 22, 2009

inilah hidup...

Cukup dua minggu aku berada di ibu kota, menjalani kehidupan yang baru, menganjakkan diri kepada sesuatu yang dikatakan keperluan hidup, bekerja di sektor swasta walaupun ia dikatakan sebagai satu latihan bukanlah bermakna kehadiran aku di sini untuk menjenguk mahupun memantau ataupun sekadar meluluskan pengajian yang semakin berada di kemuncak tetapi hakikatnya aku di sini bagi mendapatkan seberapa ilmu yang mampu dan belajar sesuatu yang akan berguna untuk hari-hari mendatang. Walaupun aku dan beberapa teman yang sama-sama menjalani latihan di sini tidak digalakkan untuk memanjat menara komunikasi di atas ketiadaan transkripsi yang sah tetapi atas dasar sebagai pembelajaran, memahami kesukaran yang dialami pekerja-pekerja di sini sewaktu menjalankan tugas, aku beranikan diri memanjat setiap anak tangga menara jika berpeluang. Percayalah, tugas memanjat menara ini bukanlah tugas mudah, memanjat setiap anak tangga yang bersudut 90 darjah dengan ketinggian melebihi 30 meter sehingga 90 meter, tugas ini amat berisiko yang memerlukan persediaan mental dan fizikal yang maksimum, sedikit kesilapan pasti mengundang padah. Tapi inilah kehidupan, amat benar seperti termaktub di dalam judul sebuah lagu dendangan Hark!, sebuah kugiran daripada seberang iaitu ‘jual daki untuk sesuap nasi ‘ dan inilah yang aku dapat rasai sedikit sebanyak. Berada di tempat yang tinggi, senantiasa dihembusi oleh angin yang mendayu tetapi pada masa yang sama tubuh dibasahi peluh yang berpunca daripada memikirkan risiko yang bakal dialami sewaktu menjalankan tugas dan ini sepatutnya menyedarkan kita betapa getirnya tugasan mereka dan pastinya kita harus menghargai setiap tugasan yang dilakukan oleh pekerja sebegini.

Bayangkan, sekiranya satu sistem di antena itu mengalami masalah yang membuatkan perbualan antara kita dan seorang teman terganggu, apa yang sering kita ungkapkan? Sekiranya bahasa kesat, anda perlu belajar untuk bersabar! Apabila ini berlaku, setiap pekerja yang ditanggungjawabkan untuk memperbaiki sistem ini perlu segera berkejar ke destinasi yang mengalami kerosakan tersebut, sekiranya melebihi 24 jam sistem itu gagal dibaiki, efeknya cukup besar, ya kerugian yang aku maksudkan, bukan sedikit dan risikonya mungkin melibatkan syarikat mengalami bangkrap. Sebab itulah aku merasakan setiap pekerjaan yang mencabar sebegini harus dihargai. Kami bagaikan satu keluarga, itu amat aku rasai, walaupun perbezaan umur agak ketara di sini, keakraban sesama kami memang tidak dibataskan, kelihatan seperti tiada langsung perbezaan struktur kerja di antara setiap pekerja di sini, sama sahaja, bagaikan tiada apa yang membataskan antara pekerja terlatih dan ketua di sini. Kerjasama sebagai satu pasukan dan tanggungjawab pada setiap tugasan masing-masing, itulah antara yang diterapkan di sini. Sebab itulah aku amat senang hati berada di sini. Sekiranya suatu hari nanti aku memiliki beberapa pekerja di bawah jagaan aku, inilah yang akan aku terapkan. Sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu terawal aku di sini, pembelajaran yang terpenting aku pelajari adalah menghargai setiap individu yang selama ini bekerja keras untuk kebaikan semua penduduk amnya di Malaysia dan aku berharap apa yang ingin aku kongsikan bersama kamu semua mampu membuatkan kita sedar akan sesuatu yang mungkin selama ini kita abaikan.

Tuesday, May 19, 2009

Friday, May 15, 2009

klija2...


aktiviti selama seminggu di Nova Global Communications:

1. lepak kt bilik meeting/stor
2. bancuh air
3. online
4. kutuk rom (point sbb duk dgn makcik!)
5. kutuk matle (xkering, naik tower gegel)
6. study mobile (fuhhh..paling perit)
7. bincang apa nk buat malam kang (biasanyalepak pelita klcc)
8. g site, tu pn skali kt jba bkt mewah, lepas g site g mcd (org tertentu jer fhm..haha)

conclusion:
bosan gila, boss ckp tgh xde keje mmg bosan gila, dh ada keje nanti xmenang tangan jd nya...next week mungkin start outstation di northern, boleh la balik rumah kejap kut, mungkin sebulan lepak kt kondo di bagan ajam...huhhh dear, sudi ke nk g sana lagi?

Thursday, May 7, 2009

udah la tu...

sok dh boleh binding tesis, kepada budak2 yg masih belajar lagi tu, yg xcukup umor, rajin2 la belajar..hahahaha. budak2 xcukup umur, nak sembang pasal tera patrick, tahun bila punya pornstar daa, biarkan jer lah, baru nak belajar kut...wakaka



kepada fans chelsea, korg nyer coach Guus Hiddink, mana penah dia bwk team dlm game besar sampai ke final, semuanya separuh akhir jer...hahahahaha

Tuesday, May 5, 2009

tesis oh tesis...

aku rasa semebal jer wat mende ni, ntah bila nk boleh jilid, 1st draf dh hntr, sok lepask tgk cmne, cm byk perlu dibetulkn lg, haihhh bila nk bley jilid ni siak? aku dh la nk start praktikal 11hb ni... ni br siaporder hard cover, lulus jer, terus aku binding, pastu aku dh agak tenang untuk menghadapi hari seterusnya tapi bila???

Sunday, May 3, 2009

creep

i have made huge mistakes in my life...
i don't know how to handle this problems,
i felt empty, alone and never forgive myself,
because i'm caused this problems, forever!

Friday, May 1, 2009

hari buruh la sangat!

sial, tesis aku siap lagi!

selamat hari buruh, xkira buruh lembut, kasar mahupun migran, anda layak untuk bercuti, cerita pasal 1 may, aku paling merasa tarikh ni pada 1 may 2003 sebelum aku prepare 3 hari untuk masuk matrix melaka 10hb, di mana pekerjaan agak 'serius' pertama selepas menamatkan pengajian di sekolah iaitu sebagai attendant pump minyak kat shell guar chempedak (dekat rumah pak sheikh dgn kaki gunung jerai); sekarang ni profisi ini lebih dikuasai oleh buruh migran dari india, faktor gaji puncanya, apatah lagi rakyat malaysia yg demanding xnak keje yg tidak memberikan imbuhan yg setimpal. seminggu jer aku keje, tu pn sebab kwn aku paksa keje sekali sbb dia bosan xde orang nak ajak lepak lepas shift abis, nasib la tu pump minyak bapak dia, seminggu keje aku boleh dapat rm200, klu tempat lain haram, sebulan baru rm450, so dapat la aku beli hp pertama aku.

argghhh...malasnya nak continue ni tp sok nak g kl lak

1 may aku keje jugak, triple, mestilah (kalau main black jack kuar 678, 777, AA xpun goreng 21)! abis keje minyak motor kompem full untuk melilau ke alor setar malamnya. masuk keje xpernah punctual, sepatutnya pukul7, pukul 7.30 paling awal sampai! last day keje aku ke kolam air panas ulu legong, pukul 2 pagi gerak, pukul 5 pagi balik, sejuk cm celaka, sampai nya ke rumah sewa jam 7 pagi. lantaklah, padan muka kawan aku nak kena direct g keje! waktu keje ni lah aku jd perokok tegar, dengan rekod terbaik aku 57 rokok untuk sehari, average 25 batang, yg pasti dunhill, bukan pall mall atau rokok murahan seangkatan lain! dan ditambah pula rumah sewa company bayar, air dan karan juga free, mmg xdpt la nak jd mamat crustie tepu, current 23 jam on daily.

aku rasa nak sambut 1 may la, xperlu nak la buat tesis hari ni...:P

you're so blessed, girl!


The Seven Wonders of the World ("You Are So Blessed") - Funny bloopers R us


if i can meet this girl, i'll said "you're clever girl in this world, you can changes people thinking!"

Wednesday, April 29, 2009

huhu :(

agak emosi sebenarnya untuk ke dewan periksa F2 petang nanti, final sefinal finalnya (cm part verse lagu spoon lak "rindu serindu rindunya"). aku rasa ini adalah kali terakhir aku menjawab peperiksaan di sini sebagai pelajar sarjana muda, master? entahlah, belum difikirkan lagi, lagi pun rynn ajak kawen awal, so kna cari duit cepat la :P

mood study aku melonjak naik tetiba, score 80%, course work akan diabaikan dan extra 5% quiz akan ditambah, so potensi nak score A adalah cukup besar apatah lagi paper ni dikuasai kalkulus dan teori yg aku suka untuk fahami xmacam JM, mende sejarah apa la yg nk diungkitkan pun aku xtau..sial!

arsenal kalah langsung xbuatkan aku sedih bahkan aku suka (2nd leg masih ada, di Emirates), ronaldo dive xdapat free kick, dah merayu bergolek cam budak2 lak tu, gibbs yg baru 18 tahun tu pn dia xmampu nk lepas, best in world, jijik! oh part paling best, kena 50 sen aka nutmeg dgn gibbs, aku rasa cm nak pecah perut jer kat mapley! hahahahaha. xsabar aku nk download part tu kat soccerpulse.com nanti..:P

so bila kondisi cam gini, aku rasa lapang untuk amik final paper ni, walaupun waktu aku postingkan post ni aku baru 50% study..hahahaha. satu lagi yg buatkan aku teringat kat tempat ni, klu test yunie suka inject kepala kasik tinggi... ok, wish me luck!

best ever vids!



memang kreatif gila!

Tuesday, April 28, 2009

i'm so sorry...

away.. :(

damn...

aku rasa macam kena tumbuk, macam nak tumbuk balik pun ada, area antara bwh hidung ke bibir aku dah merah, kulit dah gelap pun ada nampak merah gak, sial, aku rasa nak revenge!

nas, esok kita g wat facial nak? jerawat naik seketul ni.. :P

Saturday, April 25, 2009

mungkin ini bisa membantu...

1. patuhi jarak anda, jadikan pokok atau tiang sbg panduan.

2. hilangkan perasaan berasa sendirian.

3. nice to see, nice to hold, once it's broken, it consider sold!

note:

harap-harap aku akan dapat patuhi semua ni dalam konteks yang berbeza dan mungkin banyak lagi lepas ni... :(

Friday, April 24, 2009

ini memang gila!


Roy Clark Guitar Wizard - Funny video clips are a click away



Roy Clark - Instrumental - For more amazing video clips, click here



Roy Clark - Funny video clips are a click away

kuih pasar malam kat bandar u!

lama gak aku x pegi ke pasar malam, so dua hari lepas aku pun pegi la sergah budak2 area bandar u ajak usha2 apa yg patut dikunyah..dorang awal2 dah amik port kat mapley yg dekat pasar malam so rangga yg tengah gasak lapar nk pegi round2 dalam pasar malam, jadi aku dgn dia jer lah yg merayap dalam tu...selain makanan, benda yg dia (bukan aku yaa) nk tengok sangat mestilah perempuan..faham sangat aku dengan mamat montel ni!

last-last berenti kat kedai jual kuih sebab dah xtau nak bawak bekal apa kat mapley nanti. so rangga amik port dulu.

rangga: kak, kasik cara berlauk, karipap kentang, cucur badak, semua singgit...
aku: saya lak kasik cucur rangga singgit...
akak jual kuih: cucur rangga???
aku: ehhh...cucur badak sebenarnya...

akak tu senyum manis, rangga pandang paisey cam nak lempang aku..hahahaha

kena tagged lagi...

1. Kalau anda jadi orang terkaya di dunia?

Kaya? Aku sendiri pun xpecaya..hahahaha

2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?

Perghhh..mati aku kena pijak, pompuan keje nk kejar aku jer, skrg ni pn dh cukup letih kena kejar dgn pompuan..:P

3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?

Bungee jumping nk laa...hahahaha

4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus!

Teruk? Mampos dia la, kesah apa aku..hahaha

5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda. Kira perkahwinan yang ditetapkan keluarga lah?

Apa kebendanya soalan ni? Mak aku penah cakap cenggini kat aku, "Hang nak kawen, pandai-pandai la carik sendiri, pakai duit sendiri"...ermmm satu lagi "Dulu orang Johor sekarang orang Sg Buloh, mana satu ni?" hahahaha

6. Kalau tiada lagi hari esok?

Tiada? Hari ni hari Jumaat, esok hari Sabtu, kiamat bukan hari Sabtu la sengal!

7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?

Laaa, soklan jenis ni pun ada, aku harap dia xgemok, nanti lindung view aku..hahaha

8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda2 pelik?

Ala xgore langsung masuk Fear Factor!

9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?

Aku duduk rumah sewa la, mak ngn ayah aku kat Kedah!

10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati? Nyatakan nama artis/selebriti tersebut.

Mestilah Thom Yorke, aku mintak sama dia voucher untuk ikut semua trip konsert dia, free :P

11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?

Membunuh bukan cara selesaikan msalah!

12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?

Semua orang kacak/cantik la!

13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?

Tengah berusaha dapatkan penawar, dah dapat xpayah kasik tau..wakaka

14. Kalau anda berpeluang menikmati makan malam yang romantik?

Cuba tanya kat Rynn..hahahaha

15. Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?

Macam citer Rosyam Nor berlakon jer, cuba tanya dia...hahaha

16. Kalau anda memenangi anugerah? Dan anugerah apa yang anda inginkan?

Anugerah? Letih la nak citer anugerah ni, dah bersepah dah menang!

17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing? Bangsa asing mana yang anda inginkan?

Xkesah, kalau dah jodoh, kawen jer la...

18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?

Jawapan dari satu blog tu provokasi gila, dia yang duk kat ceruk, tempat jin bertendang...hahahaha

19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?

Memang ramai, tapi aku kesah apa...hahaha

20. Mengenai orang yang tag kamu ni?

Shahrul Azry - Ntah!

21. I'm tagging:

Xde kut

Wednesday, April 22, 2009

i wish i can be there again...


ni lah pemandangan dari banjaran titiwangsa yang sempat aku ambil sewaktu berkunjung ke cameron highlands hampir dua minggu lepas. oh yaa, ini gambar dari menara tinjauan yang sempat aku snap secara kelam-kabut, sekeping jer lak tu, berkedudukan ketinggian 2200 meter lebih...errmm tiada apa yg lebih menarik dari menghabiskan waktu petang dan melihat sunset bersama seseorang yg amat disayangi...yeah, kenangan yg pasti tidak akan dilupakan sama sekali, i will be there again, dear!

Tuesday, April 21, 2009

wankers!

aku bukan kaki singgah blog sangat, apatah lagi nak update sangat blog ni, tapi bosan2 aku jenguk juga beberapa blog terutama abang neraka tu, banyak cerita jahanam dia sampaikan, tapi aku pun cuba la ke blog ni (baca: dh xde blog yg aku rasa nak lawat, aku datang usha la kt sini, last choice..hahaha)...aikkk, baru kalah penalti dah tutup blog ke? hahahaha.esok mesti yunie nk kerek cakap liver menang dgn arsenal, menang la, tolong la menang, bendtner striker ni..wakaka

Monday, April 20, 2009

pehal ni?

tesis, final exam, measurement, praktikal..arghhh fuck! aku berada dalam minggu cukup perit!

Sunday, April 12, 2009

she makes me sing!

aku ingat lagi waktu aku sorang-sorang dalam rumah layan album Fearless, mungkin budak-budak ni pelik ntah tetiba jer aku layan lagu camni..hahaha. sial jer sekor2! last-last baru korang terkena penangannya! hahaha. baru terketar-ketar nak layan lagu love story..hahahaha

aku suka kat taylor swift base kepada beberapa sebab, 1stly sebab dia seorang yg sememangnya ada pendirian sendiri dengan menolak tawaran daripada EMI kalau xsilap aku sewaktu berumur 17 tahun disebabkan pihak recording ni xkasik kebebasan kepadanya menghasilkan konsep musik sendiri [dia sukakan musik jenis country, sama seperti aku, musik country ni bagi aku xmati disebabkan salah satu type musik blues] apatah lagi penghasilan musiknya lebih santai dan menampakkan sebuah realiti, pandai bermain gitar dan semestinya dia amat unik [mana ada awek men gitar pakai gaun selain dia! hahaha].

Saturday, April 11, 2009

bye-bye...

lebih kurang 3 minggu lagi aku bakal tinggalkan batu pahat...perghhh..cm xcayer jer dah hampir 5 tahun aku merantau keluar dari kedah..hahaha. dan aku juga bakal kembali ke negeri kelahiran mungkin untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 bulan...ermmm..mungkinkah lebih? aku pun xpasti, aku mungkin biarkan perjalanan hidup aku hanyut, malas sangat nak pikir, apa yg aku nak pikir sekarang, esok aku nak layan asam pedas maybank xpun nasi beriani taman soga lepas kelas...nak saing jom!

Friday, April 10, 2009

aktiviti bosan-bosan dinihari pagi..

aku tido pukul 8 malam, bangun pukul 4 pagi download highlights Villareal-Arsenal, sambil menunggu highlights yang lembab mampos nak siap sempat la layan beberapa quiz kat facebook di mana perlu menjawab beberapa poll yang banyak gak merapik sehingga aku gelak sorang depan pc mcm pontianak..ni antara resultnya:

1. Who is your celebrity girlfriend?
Lindsay Lohan ~ Hekeleh, ntah pape2 jer..kasik kat orang len la :P

2. Which young footballer are you???
Cesc Fabregas ~ Xperlu ckp banyak, betul la tu..hehe

3. Which Striker Are You?
Robin van Persie ~ Yeah..my flying dutchman!

4. Siapakah anda dalam KAMI The Movie?
Abu ~ memang aku gila cam dia pun..haha

5. Karakter dalam upin ipin??
Ehsan ~ Kak Ros sape lak..hehe

6. Hafez took the Kuiz Tatabahasa Kelantan quiz and the result is OK la..boley dipertimbangkan..

7. Hafez took the Kuiz Tatabahasa Kedah! quiz and the result is hang mmg otai kedah..

8. Hafez took the kehebatan anda tentang bahaso nogori sembilan quiz and the result is ko memang power gilo!!

9. Hafez took the anda hensem, sederhana, atau tahap beg plastik.. quiz and the result is anda hensem tahap johnny depp

10. Hafez took the SIAPAKAH FESYEN IKON ANDA? quiz and the result is Karam Singh Walia

errr..second time being tagged in this day..

Cam ala-ala Coldplay x? hahaha...ok, mmg kena caranya, bila lakukan sesuatu, cuba penuhi kemampuan dan keinginan diri sendiri, peoples like or not, it's up to them...

Nak cuba?

1 - Open http://en.wikipedia.org/wiki/Special:Random

The first random wikipedia article you get is the name of your band.(alternatively, if the first article you hit is short, hit Random Article two more times)

2 - Open http://www.quotationspage.com/random.php3

The last four or five words of the very last quote of the page is the title of your first album.

3 - Open http://www.flickr.com/explore/interesting/7days

Third picture, no matter what it is, will be your album cover.

4 - Use photoshop/paint or similar to put it all together.

5 - Post it to your Blog with Title "My Debut Album" and TAG other persons.

Thursday, April 9, 2009

i got tagged again

1.Bekas kekasih saya adalah:

Adeq and Ulin

2.Saya sedang mendengar:

MP3 lagu Hitamku dendangan Andra and the Backbone

3.Mungkin saya patut:

Sing along skali and men gitar gak..hehe

4.Saya suka:

Mengadap benda yang orang xsuka kut...hahaha

5.Sahabat-sahabat baik saya:

Sama2 kongsi masalah dalam keadaan gembira or x, tp jika datang sekiranya ada masalah saja, tu bkn kawan baik saya, kawan jahat! hohoho

6.Saya tak paham:

Bahasa Tamil..hahaha

7.Saya kehilangan:

Makanan yang saya makan semalam...:P

8.Ramai yang berkata:

Saya sengal!

9.Makna nama saya:

Hafez = Penghafal, Rachwan = Xpernah tau..hahaha

10.Cinta itu adalah:

Dahsyat jika mutual!

11.Di suatu tempat, seseorang sedang:

Berak sambil nyanyi lagu You'll Never Walk Alone..hahaha

12.Saya akan cuba:

Berenti merokok!

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud:

Sampai bila-bila...

14.Telefon bimbit saya:

K530i

15.Bila saya terjaga dari tidur:

Syukur sbb masih hidup..

16.Saya paling meluat apabila:

Manusia berlagak, kejam...

17.Pesta/Parti adalah:

Hiburan

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:

Cornsnakes, bila dah keje nanti aku nak bela sekor...hehe

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:

Zaman sekolah rendah la!

20.Hari ini:

Jumaat-Group presentation utk subjek Data Communication, our presentation got kudos from lecturer! Yeahhhh...Jap lagi kna pegi semayang Jumaat, lepas tu pegi PKU, nak mintak ubat sakit tekak!

21.Malam ini saya akan:

Call or sms Rynn...

22.Esok pula saya akan:

Basuh motor, dah berkudis sangat...hehe

23.Saya betul2 inginkan:

Kehidupan yang 'selesa'...

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:

Mcm budak MRSM daa, kemeja putih, seluar dgn tie coklat..hahaha

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan:

atau

26.Makanan Barat atau Jepun:

atau

27.Bilik yang terang atau gelap:

Depend gak, tidur mau gelap, wat keje mau terang [mata rosak sbb selalu wat keje kat bilik gelap..huhu]

28.Makanan segera adalah:

Megi dan fast food...

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

Kejap lagi aku print report...

30.Siapa yang anda nak Tag?

Ntah...

Sunday, April 5, 2009

bila dunia tanpa sempadan...

Ayu : Assalammualaikum
Rachwan: Wslm...
Ayu : Pekaba
Rachwan : Baik...
Rachwan : Jap
Rachwan : Sape ni, xpenah pn ada id ni?
Ayu : Nk kenal...
Rachwan : oic..
Ayu : Sbenar nye akak nk jual tupperware
Rachwan : Ermmm... xpe la kak

hahahaha...tetiba air mata aku keluar berlinangan, siyes gua nangis tapi nangis sbb berdekah, ada gak org hantar ym kat aku nk jual tupperware..tp nasib la dia bkn jenis datang sergah orang macam geng-geng luxor & seangkatan dengannya, dia datang cara baik, aku jawab cara baik, sapa nak beli tupperware, ni id dia ayutupperware@yahoo.com klu xsilap la...aku citer dekat roommate aku, si Bro gemok tu, dia pun kena gak, aku rasa ni kes forward mail ni, haihhh kitaorang layan berdekah lagi awal pagi ni sambil pekena karipap ketam...hahahahahaha

Saturday, April 4, 2009

i got tagged

1. Apakah nama blog anda skrg & nape anda piih nama tu?

My Mind is Mine sebab setiap penulisan blog ini dicernakan oleh minda aku sendiri, lagi pun penulisan individu tidak semestinya disengkokolkan dengan pemikiran individu lain, setiap individu ada hak menyuarakan idea sendiri, klu orang xdapat terima pun, aku peduli apa..

2. Apakah nama link blog anda skrg & camne leh timbul idea nak bagi nama tu?

mymindismine-rachwan, macam soklan atas jawapannya..

3. Apakah method penulisan dalam blog anda?

Punk rock!

4. Pernah rasa nak hapuskan blog anda?

Belom, baru buat balik blog ni, amik mood untuk tulis zine balik, abis April aku close kut..

5. Apakah pendapat anda mengenai pemilik blog yang TAG anda nie?

i let Westlife tell everything..


5 persons yang anda nak TAG?

Ermmm...no one

Thursday, April 2, 2009

Nothing is impossible!

Ni antara cartoon paling aku suka tengok, siapa yang bikin cartoon ni memang gila, lebih gila dari Joe Satriani, memang boleh bikin trauma kat budak-budak kalau cartoon ni dalam RTM tak pun Mediaprima...Kesimpulan dari setiap episod, setiap apa yang korang lakukan, ada kemungkinan untuk mati, kalau bagi watak kat aku, aku amik Lumpy sebab jarang mati, tapi aku bukan lampi la bodoh!

95% Caffeine!

Semalam memang gila, sehari aku tak tido mengadap keje final projek, dari proceedings paper sampai ke buat measurement, nasib la technition kat lab pengalatan tu baik gila, gamak ada award untuk staff terbaik, aku kasik sama dia..

Memang bergelas aku bantai nescafe, tapi nak buat macammana, bukan ada orang nak tolong perahkan epal ke lobak merah, so belasah la layan menantang kopi ni...Tapi record aku 2 hari lebih tak tido, siap sempat main gig lagi, pastu bantai tido 18 jam.

Bangun dari tido abang gua sound, "Baru nak baca Yassin kat hang"...."Sial!"

Tuesday, March 31, 2009

Mungkinkah aku sudah menopause...

Sudah lamanya aku tidak menulis di dalam web dengan isu-isu keduniaan apatah lagi menulis untuk dijadikan transkrip bacaan bagi penggemar penulisan yang 'murah' harganya, apatah lagi isu 1 masih menunggu-nunggu kehadiran isu 2...hehe

Judul Manggis membolehkan aku mengelat apabila ditanya, apatah lagi musim berbuah cuma setahun sekali, jadi sekiranya bulan Ogos nanti belum diriliskan isu yang baru, nampak gaya pokok seperti sudah menopause walaupun baru sekali berbuah...hahaha

Ermmm.. cik Rynn sayang, baja apa sesuai yaa, kalau guna baja jenis GaAlAs agak-agak ok tak?