Wednesday, April 29, 2009

huhu :(

agak emosi sebenarnya untuk ke dewan periksa F2 petang nanti, final sefinal finalnya (cm part verse lagu spoon lak "rindu serindu rindunya"). aku rasa ini adalah kali terakhir aku menjawab peperiksaan di sini sebagai pelajar sarjana muda, master? entahlah, belum difikirkan lagi, lagi pun rynn ajak kawen awal, so kna cari duit cepat la :P

mood study aku melonjak naik tetiba, score 80%, course work akan diabaikan dan extra 5% quiz akan ditambah, so potensi nak score A adalah cukup besar apatah lagi paper ni dikuasai kalkulus dan teori yg aku suka untuk fahami xmacam JM, mende sejarah apa la yg nk diungkitkan pun aku xtau..sial!

arsenal kalah langsung xbuatkan aku sedih bahkan aku suka (2nd leg masih ada, di Emirates), ronaldo dive xdapat free kick, dah merayu bergolek cam budak2 lak tu, gibbs yg baru 18 tahun tu pn dia xmampu nk lepas, best in world, jijik! oh part paling best, kena 50 sen aka nutmeg dgn gibbs, aku rasa cm nak pecah perut jer kat mapley! hahahahaha. xsabar aku nk download part tu kat soccerpulse.com nanti..:P

so bila kondisi cam gini, aku rasa lapang untuk amik final paper ni, walaupun waktu aku postingkan post ni aku baru 50% study..hahahaha. satu lagi yg buatkan aku teringat kat tempat ni, klu test yunie suka inject kepala kasik tinggi... ok, wish me luck!

best ever vids!



memang kreatif gila!

Tuesday, April 28, 2009

i'm so sorry...

away.. :(

damn...

aku rasa macam kena tumbuk, macam nak tumbuk balik pun ada, area antara bwh hidung ke bibir aku dah merah, kulit dah gelap pun ada nampak merah gak, sial, aku rasa nak revenge!

nas, esok kita g wat facial nak? jerawat naik seketul ni.. :P

Saturday, April 25, 2009

mungkin ini bisa membantu...

1. patuhi jarak anda, jadikan pokok atau tiang sbg panduan.

2. hilangkan perasaan berasa sendirian.

3. nice to see, nice to hold, once it's broken, it consider sold!

note:

harap-harap aku akan dapat patuhi semua ni dalam konteks yang berbeza dan mungkin banyak lagi lepas ni... :(

Friday, April 24, 2009

ini memang gila!


Roy Clark Guitar Wizard - Funny video clips are a click away



Roy Clark - Instrumental - For more amazing video clips, click here



Roy Clark - Funny video clips are a click away

kuih pasar malam kat bandar u!

lama gak aku x pegi ke pasar malam, so dua hari lepas aku pun pegi la sergah budak2 area bandar u ajak usha2 apa yg patut dikunyah..dorang awal2 dah amik port kat mapley yg dekat pasar malam so rangga yg tengah gasak lapar nk pegi round2 dalam pasar malam, jadi aku dgn dia jer lah yg merayap dalam tu...selain makanan, benda yg dia (bukan aku yaa) nk tengok sangat mestilah perempuan..faham sangat aku dengan mamat montel ni!

last-last berenti kat kedai jual kuih sebab dah xtau nak bawak bekal apa kat mapley nanti. so rangga amik port dulu.

rangga: kak, kasik cara berlauk, karipap kentang, cucur badak, semua singgit...
aku: saya lak kasik cucur rangga singgit...
akak jual kuih: cucur rangga???
aku: ehhh...cucur badak sebenarnya...

akak tu senyum manis, rangga pandang paisey cam nak lempang aku..hahahaha

kena tagged lagi...

1. Kalau anda jadi orang terkaya di dunia?

Kaya? Aku sendiri pun xpecaya..hahahaha

2. Kalau anda jadi orang terseksi di dunia?

Perghhh..mati aku kena pijak, pompuan keje nk kejar aku jer, skrg ni pn dh cukup letih kena kejar dgn pompuan..:P

3. Kalau anda perlu terjun tingkat ke-100 untuk membuktikan cinta anda?

Bungee jumping nk laa...hahahaha

4. Kalau orang kata blog anda teruk nak mampus!

Teruk? Mampos dia la, kesah apa aku..hahaha

5. Kalau keluarga anda yang menentukan teman hidup anda. Kira perkahwinan yang ditetapkan keluarga lah?

Apa kebendanya soalan ni? Mak aku penah cakap cenggini kat aku, "Hang nak kawen, pandai-pandai la carik sendiri, pakai duit sendiri"...ermmm satu lagi "Dulu orang Johor sekarang orang Sg Buloh, mana satu ni?" hahahaha

6. Kalau tiada lagi hari esok?

Tiada? Hari ni hari Jumaat, esok hari Sabtu, kiamat bukan hari Sabtu la sengal!

7. Kalau orang yang anda benci berada di depan anda?

Laaa, soklan jenis ni pun ada, aku harap dia xgemok, nanti lindung view aku..hahaha

8. Kalau anda berpeluang masuk Fear Factor dan makan benda2 pelik?

Ala xgore langsung masuk Fear Factor!

9. Kalau ibubapa anda tiada pada pagi esoknya?

Aku duduk rumah sewa la, mak ngn ayah aku kat Kedah!

10. Kalau anda berjumpa dengan orang artis/selebriti yang paling anda minati? Nyatakan nama artis/selebriti tersebut.

Mestilah Thom Yorke, aku mintak sama dia voucher untuk ikut semua trip konsert dia, free :P

11. Kalau diberi lesen untuk membunuh, siapa yang akan anda bunuh?

Membunuh bukan cara selesaikan msalah!

12. Kalau orang kata anda kacak/cantik?

Semua orang kacak/cantik la!

13. Kalau anda ada penyakit AIDS pada usia yang muda?

Tengah berusaha dapatkan penawar, dah dapat xpayah kasik tau..wakaka

14. Kalau anda berpeluang menikmati makan malam yang romantik?

Cuba tanya kat Rynn..hahahaha

15. Kalau anda terpaksa mengorbankan cinta anda untuk orang lain?

Macam citer Rosyam Nor berlakon jer, cuba tanya dia...hahaha

16. Kalau anda memenangi anugerah? Dan anugerah apa yang anda inginkan?

Anugerah? Letih la nak citer anugerah ni, dah bersepah dah menang!

17. Kalau anda berpeluang mengahwini bangsa asing? Bangsa asing mana yang anda inginkan?

Xkesah, kalau dah jodoh, kawen jer la...

18. Kalau anda terpaksa berpisah dengan orang tersayang?

Jawapan dari satu blog tu provokasi gila, dia yang duk kat ceruk, tempat jin bertendang...hahahaha

19. Kalau ramai yang tidak puas hati dengan anda kerana mereka cemburu dengan anda?

Memang ramai, tapi aku kesah apa...hahaha

20. Mengenai orang yang tag kamu ni?

Shahrul Azry - Ntah!

21. I'm tagging:

Xde kut

Wednesday, April 22, 2009

i wish i can be there again...


ni lah pemandangan dari banjaran titiwangsa yang sempat aku ambil sewaktu berkunjung ke cameron highlands hampir dua minggu lepas. oh yaa, ini gambar dari menara tinjauan yang sempat aku snap secara kelam-kabut, sekeping jer lak tu, berkedudukan ketinggian 2200 meter lebih...errmm tiada apa yg lebih menarik dari menghabiskan waktu petang dan melihat sunset bersama seseorang yg amat disayangi...yeah, kenangan yg pasti tidak akan dilupakan sama sekali, i will be there again, dear!

Tuesday, April 21, 2009

wankers!

aku bukan kaki singgah blog sangat, apatah lagi nak update sangat blog ni, tapi bosan2 aku jenguk juga beberapa blog terutama abang neraka tu, banyak cerita jahanam dia sampaikan, tapi aku pun cuba la ke blog ni (baca: dh xde blog yg aku rasa nak lawat, aku datang usha la kt sini, last choice..hahaha)...aikkk, baru kalah penalti dah tutup blog ke? hahahaha.esok mesti yunie nk kerek cakap liver menang dgn arsenal, menang la, tolong la menang, bendtner striker ni..wakaka

Monday, April 20, 2009

pehal ni?

tesis, final exam, measurement, praktikal..arghhh fuck! aku berada dalam minggu cukup perit!

Sunday, April 12, 2009

she makes me sing!

aku ingat lagi waktu aku sorang-sorang dalam rumah layan album Fearless, mungkin budak-budak ni pelik ntah tetiba jer aku layan lagu camni..hahaha. sial jer sekor2! last-last baru korang terkena penangannya! hahaha. baru terketar-ketar nak layan lagu love story..hahahaha

aku suka kat taylor swift base kepada beberapa sebab, 1stly sebab dia seorang yg sememangnya ada pendirian sendiri dengan menolak tawaran daripada EMI kalau xsilap aku sewaktu berumur 17 tahun disebabkan pihak recording ni xkasik kebebasan kepadanya menghasilkan konsep musik sendiri [dia sukakan musik jenis country, sama seperti aku, musik country ni bagi aku xmati disebabkan salah satu type musik blues] apatah lagi penghasilan musiknya lebih santai dan menampakkan sebuah realiti, pandai bermain gitar dan semestinya dia amat unik [mana ada awek men gitar pakai gaun selain dia! hahaha].

Saturday, April 11, 2009

bye-bye...

lebih kurang 3 minggu lagi aku bakal tinggalkan batu pahat...perghhh..cm xcayer jer dah hampir 5 tahun aku merantau keluar dari kedah..hahaha. dan aku juga bakal kembali ke negeri kelahiran mungkin untuk tempoh sekurang-kurangnya 4 bulan...ermmm..mungkinkah lebih? aku pun xpasti, aku mungkin biarkan perjalanan hidup aku hanyut, malas sangat nak pikir, apa yg aku nak pikir sekarang, esok aku nak layan asam pedas maybank xpun nasi beriani taman soga lepas kelas...nak saing jom!

Friday, April 10, 2009

aktiviti bosan-bosan dinihari pagi..

aku tido pukul 8 malam, bangun pukul 4 pagi download highlights Villareal-Arsenal, sambil menunggu highlights yang lembab mampos nak siap sempat la layan beberapa quiz kat facebook di mana perlu menjawab beberapa poll yang banyak gak merapik sehingga aku gelak sorang depan pc mcm pontianak..ni antara resultnya:

1. Who is your celebrity girlfriend?
Lindsay Lohan ~ Hekeleh, ntah pape2 jer..kasik kat orang len la :P

2. Which young footballer are you???
Cesc Fabregas ~ Xperlu ckp banyak, betul la tu..hehe

3. Which Striker Are You?
Robin van Persie ~ Yeah..my flying dutchman!

4. Siapakah anda dalam KAMI The Movie?
Abu ~ memang aku gila cam dia pun..haha

5. Karakter dalam upin ipin??
Ehsan ~ Kak Ros sape lak..hehe

6. Hafez took the Kuiz Tatabahasa Kelantan quiz and the result is OK la..boley dipertimbangkan..

7. Hafez took the Kuiz Tatabahasa Kedah! quiz and the result is hang mmg otai kedah..

8. Hafez took the kehebatan anda tentang bahaso nogori sembilan quiz and the result is ko memang power gilo!!

9. Hafez took the anda hensem, sederhana, atau tahap beg plastik.. quiz and the result is anda hensem tahap johnny depp

10. Hafez took the SIAPAKAH FESYEN IKON ANDA? quiz and the result is Karam Singh Walia

errr..second time being tagged in this day..

Cam ala-ala Coldplay x? hahaha...ok, mmg kena caranya, bila lakukan sesuatu, cuba penuhi kemampuan dan keinginan diri sendiri, peoples like or not, it's up to them...

Nak cuba?

1 - Open http://en.wikipedia.org/wiki/Special:Random

The first random wikipedia article you get is the name of your band.(alternatively, if the first article you hit is short, hit Random Article two more times)

2 - Open http://www.quotationspage.com/random.php3

The last four or five words of the very last quote of the page is the title of your first album.

3 - Open http://www.flickr.com/explore/interesting/7days

Third picture, no matter what it is, will be your album cover.

4 - Use photoshop/paint or similar to put it all together.

5 - Post it to your Blog with Title "My Debut Album" and TAG other persons.

Thursday, April 9, 2009

i got tagged again

1.Bekas kekasih saya adalah:

Adeq and Ulin

2.Saya sedang mendengar:

MP3 lagu Hitamku dendangan Andra and the Backbone

3.Mungkin saya patut:

Sing along skali and men gitar gak..hehe

4.Saya suka:

Mengadap benda yang orang xsuka kut...hahaha

5.Sahabat-sahabat baik saya:

Sama2 kongsi masalah dalam keadaan gembira or x, tp jika datang sekiranya ada masalah saja, tu bkn kawan baik saya, kawan jahat! hohoho

6.Saya tak paham:

Bahasa Tamil..hahaha

7.Saya kehilangan:

Makanan yang saya makan semalam...:P

8.Ramai yang berkata:

Saya sengal!

9.Makna nama saya:

Hafez = Penghafal, Rachwan = Xpernah tau..hahaha

10.Cinta itu adalah:

Dahsyat jika mutual!

11.Di suatu tempat, seseorang sedang:

Berak sambil nyanyi lagu You'll Never Walk Alone..hahaha

12.Saya akan cuba:

Berenti merokok!

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud:

Sampai bila-bila...

14.Telefon bimbit saya:

K530i

15.Bila saya terjaga dari tidur:

Syukur sbb masih hidup..

16.Saya paling meluat apabila:

Manusia berlagak, kejam...

17.Pesta/Parti adalah:

Hiburan

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:

Cornsnakes, bila dah keje nanti aku nak bela sekor...hehe

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:

Zaman sekolah rendah la!

20.Hari ini:

Jumaat-Group presentation utk subjek Data Communication, our presentation got kudos from lecturer! Yeahhhh...Jap lagi kna pegi semayang Jumaat, lepas tu pegi PKU, nak mintak ubat sakit tekak!

21.Malam ini saya akan:

Call or sms Rynn...

22.Esok pula saya akan:

Basuh motor, dah berkudis sangat...hehe

23.Saya betul2 inginkan:

Kehidupan yang 'selesa'...

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:

Mcm budak MRSM daa, kemeja putih, seluar dgn tie coklat..hahaha

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan:

atau

26.Makanan Barat atau Jepun:

atau

27.Bilik yang terang atau gelap:

Depend gak, tidur mau gelap, wat keje mau terang [mata rosak sbb selalu wat keje kat bilik gelap..huhu]

28.Makanan segera adalah:

Megi dan fast food...

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

Kejap lagi aku print report...

30.Siapa yang anda nak Tag?

Ntah...

Sunday, April 5, 2009

bila dunia tanpa sempadan...

Ayu : Assalammualaikum
Rachwan: Wslm...
Ayu : Pekaba
Rachwan : Baik...
Rachwan : Jap
Rachwan : Sape ni, xpenah pn ada id ni?
Ayu : Nk kenal...
Rachwan : oic..
Ayu : Sbenar nye akak nk jual tupperware
Rachwan : Ermmm... xpe la kak

hahahaha...tetiba air mata aku keluar berlinangan, siyes gua nangis tapi nangis sbb berdekah, ada gak org hantar ym kat aku nk jual tupperware..tp nasib la dia bkn jenis datang sergah orang macam geng-geng luxor & seangkatan dengannya, dia datang cara baik, aku jawab cara baik, sapa nak beli tupperware, ni id dia ayutupperware@yahoo.com klu xsilap la...aku citer dekat roommate aku, si Bro gemok tu, dia pun kena gak, aku rasa ni kes forward mail ni, haihhh kitaorang layan berdekah lagi awal pagi ni sambil pekena karipap ketam...hahahahahaha

Saturday, April 4, 2009

i got tagged

1. Apakah nama blog anda skrg & nape anda piih nama tu?

My Mind is Mine sebab setiap penulisan blog ini dicernakan oleh minda aku sendiri, lagi pun penulisan individu tidak semestinya disengkokolkan dengan pemikiran individu lain, setiap individu ada hak menyuarakan idea sendiri, klu orang xdapat terima pun, aku peduli apa..

2. Apakah nama link blog anda skrg & camne leh timbul idea nak bagi nama tu?

mymindismine-rachwan, macam soklan atas jawapannya..

3. Apakah method penulisan dalam blog anda?

Punk rock!

4. Pernah rasa nak hapuskan blog anda?

Belom, baru buat balik blog ni, amik mood untuk tulis zine balik, abis April aku close kut..

5. Apakah pendapat anda mengenai pemilik blog yang TAG anda nie?

i let Westlife tell everything..


5 persons yang anda nak TAG?

Ermmm...no one

Thursday, April 2, 2009

Nothing is impossible!

Ni antara cartoon paling aku suka tengok, siapa yang bikin cartoon ni memang gila, lebih gila dari Joe Satriani, memang boleh bikin trauma kat budak-budak kalau cartoon ni dalam RTM tak pun Mediaprima...Kesimpulan dari setiap episod, setiap apa yang korang lakukan, ada kemungkinan untuk mati, kalau bagi watak kat aku, aku amik Lumpy sebab jarang mati, tapi aku bukan lampi la bodoh!

95% Caffeine!

Semalam memang gila, sehari aku tak tido mengadap keje final projek, dari proceedings paper sampai ke buat measurement, nasib la technition kat lab pengalatan tu baik gila, gamak ada award untuk staff terbaik, aku kasik sama dia..

Memang bergelas aku bantai nescafe, tapi nak buat macammana, bukan ada orang nak tolong perahkan epal ke lobak merah, so belasah la layan menantang kopi ni...Tapi record aku 2 hari lebih tak tido, siap sempat main gig lagi, pastu bantai tido 18 jam.

Bangun dari tido abang gua sound, "Baru nak baca Yassin kat hang"...."Sial!"